Felt

Felt
Warna Felt yang ada

Wednesday, October 16, 2013

Doorgift untuk Aqiqah / Birthday / Baby Shower

Memo Clip Pot ini boleh dijadikan sebagai doorgift untuk baby shower atau majlis aqiqah atau pun untuk majlis birthday. Ataupun sesuai diletakkkan di dalam goodie pack majlis anda. Ia dijual sepasang color pink & biru. Ia juga mempunyai 3 design, walau bagaimanapun ia  bergantung dengan stok yang ada. Sesiapa yang nak order dalam kuantiti yang banyak, hendaklah booking awal-awal yer..





Untuk tempahan boleh  email max_min9@yahoo.com atau  sms 014-2682155 (marza)

Wednesday, June 5, 2013

Cara menjadi kreatif dan menjana idea


Untuk menjadi usahawan yang berjaya, menjadi kreatif dan sering menjana idea adalah satu advantage.  So, sini ada beberapa tip bagaimana untuk menjana idea.

1. Bergembira & berseronok - idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop jutawan Internet, sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!

2. Fikir macam budak - Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak :) ). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)

3. Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada sATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.

4. Contohi ciri-ciri orang yang kreatif - Pilihlah sesiapa sahaja yang telah membuktikan bahawa mereka ialah orang yang kreatif. Orang yang telah berjaya dengan pelbagai idea-idea menarik dan mengagumkan, mereka kebanyakkanya tidak terkongkong, tidak takut menghadapi masalah, istiqamah, bersedia untuk mengambil dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Adakah anda berani?

5. Bukalah pintu minda anda - Jangan cepat menghakimi dan menolak sesuatu idea. Otak yang kreatif adalah seperti seekor ikan yang bernafas di dalam air. Ikan menyedut semua air, dan kemudian barulah insang akan memerangkap oksigen yang ada di dalam air. Ikan tidak memilih dan cerewet. Ikan tidak menutup mulutnya. Begitu juga dengan anda. Bukalah minda anda.

6. Tambahkan pengetahuan am - Selalu membaca bahan-bahan yang berfaedah akan menambahkan pengetahuan anda dalam pelbagai perkara. Cukuplah sedakar memahami prinsip, asas dan pengenalan tentang sesuatu. Ia pasti akan banyak membantu anda mengeluarkan idea-idea yang bernas.

7. Mempelbagaikan cara berfikir - Orang yang banyak idea biasanya ialah orang yang mampu menggunakan pelbagai jenis pemikiran. Itu yang terbaik.Teknik berfikir adalah satu kemahiran bukan semula jadi. Anda perlu belajar dan berlatih. Jangan anggap keputusan yang baik dalam peperiksaan menunjukkan anda adalah seorang yang bijak berfikir. Ada bermacam-macam cara berfikir dan anda perlu membiasakan diri dengannya. Ada pemikiran kritikal, pemikiran analitis, pemikiran lateral, pemikirian konstruktif, pemikiran negatif, pemikiran positif, pemikiran kreatif, pemikiran innovatif dan bermacam-macam lagi kita boleh nampak.

8. Lupakan logik buat sementara - Oleh kerana terlalu berfikiran mengikut logik, ramai orang gagal untuk menjadi orang yang kreatif. Fikiran logik biasanya berguna ketika mengkritik perkara yang sudah ada. Tetapi kreatif bukan tentang perkara yang sudah ada! Kreatif berkaitan perkara yang belum ada atau belum wujud. Jika idea itu berada di mana-mana, itu bukan kreatif namanya.

9. Berfikir gila, bukannya gila, tetapi gila-gila - Banyak kegunaan hari ini tercetus kerana pemikiran gila-gila. Rudolph Schneider (pencipta kad kredit) terfikir bolehkah makan di restoran tanpa membayar? Akhirnya dia mencipta kad kredit pertama, Diner’s Cub. Cuba bayangkan anda hidup pada tahun 1950-an dan mengeluarkan idea telefon tanpa wayar, kamera, kalkulator, jam, penggera, jam randek, dan diari, bahkan boleh juga menghantar faks.
Sudah pasti orang lain cakap itu idea yang gila. Tetapi itu ialah idea tidak gila. Ia idea yang gila-gila.

10. Anda tidak perlu pempertahankan idea sendiri - Dalam berkreatif, yang penting ialah keluarkan idea. Tidak perlu untuk mempertahankan idea anda. Orang lain juga tidak berhak menempelak idea kreatif ketika masih diperingkat perah minda. Tidak perlu hujah dan dalil. Yang penting ialah idea!


11.Galakkan diri anda untuk mencuba sesuatu yang kreatif - Tidak kira sama ada ia berjaya atau tidak; mencuba sesuatu yang kreatif boleh dianggap satu kejayaan yang besar. Mungkin anda tidak berjaya kali pertama, namun ia bukan satu kegagalan. Yang penting cubaan anda itu tidak menyebabkan kerosakan kepada orang lain. Tapi perlu ingat, ciri-ciri orang kreatif ialah istiqamah dan tidak takut kepada masalah.

12.Benarkan diri anda melakukan kesilapan - Memanglah orang yang mengikut pada kebiasaannya jarang sekali membuat kesilapan. Tetapi itu tidak kreatif. Apabila anda melakukan sesuatu yang baru, anda akan terdedah.

13.Jika boleh ulang dan ulang lagi - Jangan cepat mengalah, dan beralih angin sekiranya idea yang anda buat tu gagal. Anda perlu ingat bahawa tidak berjaya kali pertama tidak bererti gagal untuk selama-lamanya. Kenal pasti kekurangan dan kelemahan yang mungkin wujud, lakukan penambah baikkan dan cuba sekali lagi. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam.

14. Mintalah daripada pemiliknya - Kita perlu ingat, idea itu adalah milik Allah. Mohon dan mintalah daripada-Nya supaya dibukakan pintu hikmah dan khazanah pengetahuan-Nya untuk anda. Mohonlah, doa kepada Allah tidak putus-putus dengan hati yang khusyuk dan tawadduk setiap hari selepas solat. Semoga setiap hari kita menjadi manusia yang kreatif berbanding sebelum ini.

15. Ubah kebiasaan - Kalau korang ari-ari makan nasi lemak masa breakfast..try makan ala barat lak..sebab kalau korang menikmati benda baru..korang akan rasa enjoy..bila enjoy korang tak lagi rasa bosan dengan kehidupan korang and proses kreativiti automatik akan semakin meningkat.

16. Bermain game - Korang dapat tengok animasi-animasi dalam games tu..contoh game kat fB cam cityville ke farmville..and segala jenis ville..korang bebas sususn barangan dia kan..so secara tak sedar korang akan bertambah-tambah kreatif bile korang berjaya ke peringkat seterusnya.

17. Uji daya ingatan - Try meneka bahan masakan dalam masakan dengan kawan-kawan...bonus bila kawan korang tu memang ada bakat atau kelulusan dalam bidang masakan..so sambil tu sel-sel otak kita akan lebih aktif.

18. Menulis cerpen/poem - Kalau boring..try buat sajak ke puisi ke pantun ke pasal kehidupan korang ke..tak pun utk ditujukan khas kat seseorang..kalau berani try post kat wall fB takpun kat twitter..mana la tau ade orang yg lebih mahir komen korang..so leh bertambah ilmu.


19. Keluar dari zon bahaya - Mungklin kehidupan seharian korang tak berjumpa dengan bahaya macam kalau ade bisnes risiko rugi..kalau jadi student risiko pointer jatuh..try cabar diri macam gi main roller blade ke..yg tak reti bdrive..try drive..so korang tak akan jadi seorang yg pasif.

20. Bertindak cepat - Sebenarnya rahsia nak berjaya bukanlah kepada nasib semata tapi bergantung kepada siapa yg berani dan cepat merebut peluang.so ape tunggu lagi..bila kita jadi org yg cepat bertindak kita akan berusaha utk jadi org yg pertama so otak kita akan berkerja keras utk keluarkan idea baru dengan cepat.

21. Jangan malu bertanya - Bertanya akan menambah ilmu and kadang-kadang boleh bertambah kawan..jangan malu..semua orang tak sempurna..kita kena saling bantu-maembantu.

22. Bercita-cita tinggi - Jangan malu nak bercita-cita tinggi @ berangan mat jenin..sebab dari angan-angan yg indah tu akan membuatkan kita menjadi semangat..Kalau kita tak ada cita-cita @ harapan..kita mungkin akan berhenti berfikir utk menjadi kreatif utk memajukan diri.

23. Berfikir utk esok - Secara tak langsung kita akan meramal ape yg akan kita buat hari esok..otak kita akan jadi aktif..kalau lebih canggih berfikir lebih jauh ape akan terjadi..lagi-lagi zaman berteknologi skrg..belum sempat nak master gajet terbaru muncul lagi gajet baru.


So, di atas adalah tip yang selalu gunakan untuk menjana idea dan menjadi kreatif :) Sebagai tambahan, maksud “kreatif” adalah “menambah nilai” atau “improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif!

credit : irfankhairi, pokok2u, hatikuwarnawarni

Tuesday, June 4, 2013

DIY Pemegang Handphone

Kali ni mc akan share pula diy pemegang sewaktu mengecas handphone. Jadi kalau plug power tu tinggi kedudukannya, tali charger tu tak la bersepah2 nanti.  Sekiranya gambar tak jelas,  sila klik pada gambar untuk membesarkannya. Selamat mencuba.~ Sharing is Caring ~

credit : en. google

Monday, June 3, 2013

Tutorial Felt Strawberi

MC jumpa tutorial buat felt strawberi ni google. Just nak share dengan kawan-kawan semua. Nanti mc akan share lagi diy yg lain. bye..  ~ Sharing is Caring ~.

credit : En. Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...